BULETiN

Para pengunjung yang dihormati, sila baca Terma & Syarat Pembelian di bahagian atas buletin ini (bawah header blogshop) SEBELUM membuat sebarang pembelian. Kerjasama daripada anda amat dihargai. Terima kasih.

Dear visitors, please read the Terms & Conditions at the top of this bulletin (just below blogshop's header) BEFORE making any purchase. We appreciate your cooperation.
Thank you.
Create your own banner at mybannermaker.com!

Coach handbag anyone? Get yours today!

COACH READY STOCKS FOR GRAB!

Pre-order your CLARKS from UK!

Not to be missed! Get your Tupperware here!

TERMA & SYARAT PEMBELiAN (MALAY)


TERMA dan SYARAT PEMBELiAN

Kami mahu menjadikan blogshop LiTTLE-KiOSK ini mudah untuk anda. Oleh itu sila baca TERMA dan SYARAT PEMBELiAN berikut sebelum meletakkan anda membuat sebarang pembelian. Sebarang pembayaran penuh atau pendahuluan (deposit) yang anda lakukan adalah dengan persetujuan anda dan anda telah membaca dan memahami sepenuhnya  TERMA dan SYARAT PEMBELiAN yang tertera di bawah.

1. Semua barangan jenama COACH dijual di blogshop LiTTLE-KiOSK adalah BARU, TULEN dan DIIMPORT dari Amerika Syarikat. Kami akan membuat pembayaran balik sepenuhnya 100% jika anda dapat kemukakan keterangan bertulis (dari pihak COACH) yang menyatakan ia sebaliknya. 

2. Jika anda berminat dengan mana-mana barangan kami, sila hubungi kami melalui email/SMS untuk membuat pengesahan mengenai status barangan dan jumlah yang dikehendaki.

Sila hubungi :
a) Email: bawangoreng@gmail.com atau mambangdiawan@gmail.com
b) MSN: innova723 (Admin) temporary not available
c) HP: IRMA 016-245 4477 (SMS)
d) Boleh juga memesan barangan dengan mengisi 'Order Form' yang disediakan.

Kami cuma perlukan :
1) Nama produk
2) Style/Code produk
3) Color

3. Harga yang ditawarkan tidak termasuk kos penghantaran (kecuali dinyatakan sebaliknya). Kos penghantaran bergantung kepada jumlah kuantiti dan berat item yang anda pilih. (±MYR6.00 ~ RM15.00)

4. Sila pastikan dengan kami terlebih dahulu sama ada produk pilihan anda masih ada atau tidak (in case tak sempat update) sebelum membuat sebarang pembayaran. Pastikan kod produk dan warna pilihan adalah muktamad dan tepat.

5. Khas untuk barangan yang pelanggan ‘berkenan’ tetapi belum cukup bajet, boleh booking dulu. Deposit booking cuma 50% daripada harga barang. Tempoh booking yang dibenarkan adalah selama 14 hari. Selepas 14 hari sekiranya masih belum membuat bayaran penuh, kami berhak membuka semula jualan untuk umum. Bayaran booking anda tidak akan dikembalikan sekiranya anda membatalkan booking atau gagal membuat bayaran penuh.

6. Untuk tempahan barangan yang tiada dalam stok, sila hubungi kami seperti di atas. Deposit sebanyak 50% ~ 70% (bergantung kepada harga produk) diperlukan untuk pengesahan tempahan. Sebaik sahaja anda mengesahkan dan dibayar untuk pesanan anda, PEMBATALAN tidak dibenarkan. Semua jualan adalah muktamad, deposit tidak dikembalikan.

7. Kami akan memeriksa setiap produk sebelum dihantar. Sila ambil perhatian bahawa barangan kulit agak mudah berkedut dan tercalar. Kami amat berhati-hati untuk mengelakkan barangan kulit daripada tercalar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada kadangnya, semasa transit, 'kecederaan' kecil tidak dapat dielakkan dan ini di luar kawalan kami. Oleh itu, kami harap anda dapat memahami kondisi luar kawalan sebegini. Atas sebab-sebab kesihatan dan higenik, pembelian produk kesihatan, tiada pemulangan barang dibenarkan. Kami akan memastikan tarikh luput produk barangan sebelum penghantaran dilakukan.

8. Setiap barangan yang dipesan akan dikirim melalui Poslaju atau CitiLink, bergantung kepada kuantiti yang dipesan. Setiap pesanan akan diproses dan barangan yang dipesan (setelah pengesahan pembayaran) akan dihantar pada hari bekerja sahaja. 

Sila beri masa lebih kurang 1-2 hari perniagaan untuk memproses pesanan anda dan tambahan 2-3 hari untuk penghantaran. Sabtu dan Ahad TIDAK dikira sebagai HARI PERNIAGAAN. Semua emel/mesej selepas pukul 6 petang akan dianggap sebagai pesanan hari berikutnya kecuali Jumaat. Pesanan yang diterima pada hari Sabtu dan Ahad akan dianggap sebagai pesanan untuk hari bekerja yang berikutnya (Isnin). Sekiranya anda tidak menerima e-mel pengesahan anda atau mesej selepas 3 hari, sila hubungi kami dengan segera kerana kami mungkin telah tidak sengaja terlepas-pandang pesanan anda atau kami mungkin sibuk dengan sekolah dan lain-lain hal yang tidak dapat dielakkan. Anda hanya berurusan dengan seorang sebagai wakil kami, jadi diharap dapat bersabar. 

9. Pembayaran hendaklah melalui akaun Maybank. Atas sebab-sebab keselamatan, nombor akaun hanya akan diberitahu melalui email/SMS. Anda dinasihatkan supaya kemukakan bukti pembayaran sebaik saja pembayaran selesai. Sila kemukakan bukti pembayaran ke:
a) Email: bawangoreng@gmail.com atau mambangdiawan@gmail.com
b) HP: IRMA 016-245 4477 (SMS)

Anda juga mempunyai pilihan untuk memilih 'COD', tetapi tertakluk kepada pembayaran pendahuluan (deposit) sebanyak 50% daripada harga barangan yang dipesan. Ini adalah untuk MENGELAKKAN pembeli 'back out' pada saat akhir.

10. Setiap barangan yang telah dipesan atau dijual tidak dibenarkan sama sekali untuk ditukar atau dikembalikan. Bayaran pendahuluan (deposit) yang dibayar juga tidak dikembalikan kepada pesanan yang dibatalkan. Kami serius dengan setiap urus-niaga dan kami percaya anda juga adalah pembeli yang SERiUS! STRICTLY NO BACK OUT BUYERS! Oleh itu, fikir dahulu sebelum anda membuat sebarang pesanan/pembelian.

Untuk item pre-order, baki pembayaran MESTI dilakukan dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja kami telah mengumumkan ketibaan barang yang dipesan. Jika kami tidak menerima baki pembayaran dalam tempoh 7 hari selepas permintaan dibuat, bayaran pendahuluan (deposit) akan 'hangus' dan produk yang dipesan akan menjadi hak milik kami untuk dijual semula. Sila maklumkan secara bertulis (melalui email) kepada kami jika anda memerlukan lebih masa untuk membuat bayaran penuh atas sebab luar-jangkaan. 

11. Polisi Pemulangan Barangan ~ Pemulangan item diterima bagi mana-mana item yang tersalah hantar atau jika item yang diterima tidak sama seperti yang dipesan. Pemulangan item MESTI disertai dengan tag asal (original tag) masih utuh dan TANPA apa-apa tanda penggunaan item. Item mesti dikembalikan kepada kami dengan keadaan yang baik (boleh dijual semua) tanpa sebarang tanda/calar, koyakan, kerosakan dan bau.

NOTA: Semua produk teliti diperiksa sebelum penghantaran. Jika tag asal telah dipisahkan dari item, anda dinasihatkan untuk tidak mengembalikan item berkenaan kepada kami kerana ini akan membatalkan polisi pemulangan barangan. Mana-mana item yang dipulangkan tanpa tag asal, bayaran tidak akan dikembalikan. Sila pastikan barangan pesanan anda dengan teliti sebelum anda memisahkan tag asal daripadanya.

12. Sila email untuk 'installment plan'

LiTTLE-KiOSK mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MORE iTEMS FOR ViEW!!!